Kuih Kampung Tradisi, Rasa Asli.

Di Sebalik Dapur
Datin Hajah Siti Zabidah, mesra dikenali sebagai Cikgu Siti, mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam dunia pendidikan dan lebih 50 tahun dalam pembuatan kuih tradisional. Kuih hasil air tangan beliau telah dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat, daripada rakyat biasa sehinggalah ke santapan istana, dengan kuih talam dan karipap pusing sebagai antara yang paling dikenali.

Projek Kuih Kampung
Projek Kuih Kampung ini lahir daripada gabungan dua generasi. Emak dengan jiwa dan pengalamannya dalam dunia pembuatan kuih tradisional, anak dengan minat dalam perniagaan dan membina jenama.
Selama lebih 30 tahun, hanya orang tertentu yang dapat merasai air tangan Cikgu Siti. Hari ini, dengan dunia yang lebih moden dan gandingan kepakaran yang ada antara emak dan anak, rasa yang sama kini dapat dirasai lebih ramai orang dan sampai lebih jauh.

